Persoalan (Novel Tingkatan 2) 

Novel Meniti Impian : Persoalan (Novel Tingkatan 2) 

PERSOALAN

Kepentingan ilmu

1. Setiap kali pulang ke kampung.Zahar tidak pernah lupa menasihati adik-adiknya supaya tidak mengabaikan pelajaran.

2. Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6, Zahar meluahkan hasrat untuk memasuki Tingkatan 6 swasta tertapi terbantut kerana kemiskinan.

3. Tauke Lim berharap agar anak perempuannya yang bercita-cita menjadi akauntan akan lulus dalam peperiksaan SPM.

4. Zahar berjaya dengan cemerlang di IKM kerana dia sedar kepentingan menuntut ilmu.

5. Pak Yusuf membiayai kedua-dua orang anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti.

Tanggungjawab

1. Setelah kematian suaminya,Mak Kiah menoreh getah,membuat tikar mengkuang dan mengambil upah menjahit pakaian untuk menyara kehidupan keluarganya.

2. Mak Temah menghidangkan makanan kepada suaminya Pak Yusuf sebagai memenuhi tanggungjawabnya sebagai isteri.

3. Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh iman masjid

Kehidupan yang sederhana

1. Mak Temah menghidangkan hidangan makan tengah hari berlaukan gulai ikan talang,ulam pucuk pegaga dan sayur tumis pucuk paku.

Perpaduan

1. Tauke Lim menempah empat buah meja kayu daripada Pak Yusuf setelah dia berpuas hati dengan hasil perabit yang dibuat oleh Pak Yusuf.

Bersabar dengan penghinaan orang

1. Zahar tetap bersabar dengan sikap Suhaili yang menghina mereka yang berkelulusan IKM yang kononnya akan merempat dan susah untuk mendapat pekerjaan.

Mematuhi disiplin

1. Zahar,Ramli dan rakan-rakannya mematuhi arahan untuk berbaris dengan tegak semasa minggu suai kenal di IKM.

Kegigihan mencari rezeki

1. Mengetahui kesusahan keluarganya, Zahar tetap membantu pekerjaan ibunya Mak Kiah setiap kali cuti semester.

2. Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf untuk menyara keluarganya.

Memandang rendah kepada orang lain

1. Sikap Suhaili yang memandang rendah kepada Zahar kerana dia sedang belajar di ITM manakala Zahar hanya berjaya menjadi pelatih IKM.

Semangat kesukanan

1. Walaupun telah memenangi perlawanan bola sepak dengan pasukan IKM Alor Setar,pelatih-pelatih IKM Sungai Petani tetap mengawal diri supaya tidak menguris perasaan lawannya.

2. Zahar tidak menganggap bahawa kemenangan pasukan bola sepak IKM Sungai Petani merupakan usahanya sendiri sebaliknya semua ahli pasukannya yang telah membawa kejayaan.

Hidup bergotong-royong

1. Pemduduk kampung bergotong-royong mendirikan bengkel Zahar tanpa mengira terik panas matahari.

2. Penduduk kampung bekerja sama apabila adanya kenduri kendara dan mengeratkan hubungan silatulrahim.

.

This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

2 Responses to Persoalan (Novel Tingkatan 2) 

  1. lpl says:

    lol bagus website

    Like

  2. Nurzulaikha chandra bt abdullah says:

    Tq very helpful for my son n parents too

    Like

Leave a comment